Wednesday, April 1, 2009

Ketika dan Kalimat

Dalam ketika dan kalimat ni kami disuruh buat esei, nasiblah doktor suruh buat aynt-ayat kita sendiri, kalau tak memanglah susah nak karang esei ni..
Minggu pertama kelas Multimedia aku tak datang kelas. So minggu kedua aku datanglah dengan rasa kosong dalam hatiku, aku tak tanyapun kawan-kawan ape yang pensyarah suruh buat, tapi dengar-dengar kami disuruh buat kumpulan. Bila aku masuk kelas tu, barulah aku rasa macam mana perasaan seorang pelajar yang hidup dalam keadaan itu. Awal-awal kelas aku dah rasa tension, dengan doktor yang begitu garang, pastu suruh buat kerja.
Pengalaman aku dalam mempelajari Bahasa dalam Multimedia ini adalah sangat banyak. Banyak juga pengalaman yang telah kami dapati dalam subjek ini. Dalam kuliah subjek ini, Dr. Normaliza telah mengajar kami, kami bukan sahaja diajar tentang Bahasa dalam Multimedia, tatapi kami juga diajar supaya menepati masa. Kami seharusnya masuk kelas sebelum doktor masuk,jika sesiapa yang masuk selepas doktor masuk, kami akan disuruh berdiri dihadapan kelas sehingga doktor habis cakap, itulah pengalaman yang kami harungi, tetapi setakat ini, saya belum pernah lagi berdiri di hadapan kelas untuk kuliah.
Kami dibahagikan kepada enam orang satu kumpulan, saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan baik saya kerana aku tidak hadir kuliah pertama keran ada hal penting yang terpaksa disiapkan. Walaubagaimanapun, aku sekumpulan juga dengan kawan yang saya kenali. Kumpulan kami dinamakan Al-Najjah dan antara ahli kumpulan kami ialah Ajue. Min, Adha, Vera, Yus dan saya. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan dalam kelas ini, antaranya ialah membut karangan tentang multimedia, mereka e-majalah, membuat poster dengan menggunakan majalah yang tidak digunakan, belajar buat iklan dan sebagainya. Walaupun tertekan dengan tugasan yang diberikan dengan masa yang suntuk kami seronok apabila melihat hasilnya.
Antara tugasan yang diberikan adalah membuat iklan yang memberikan lima unsur multimedia, oi kerja tu memang seronok, tapi kena buat dengan cepatlah, tak boleh tulis dengan pen atau pensil tau! Kana gunting-gunting tulisan daripada majalah, pastu tampal, kami buat dengan kreatif sekali, hantarpun lewat sikit je, mujurlah doktor baik dan terima tugasan kami tu, tapi ramai je yang lewat macam kami. Seterusnya kami ditugaskan untuk buat membuat esei, buat esei memanglah tak susah sangat,tapi doktor pulak suruk buat lima muka dan terus email kat dia pada waktu yang ditetapkan, malangnya tugasan kami itu tidak diterima oleh doktor kerana doktor tak dapat baca kami punya esei, tapi kami disuruh buat balik esei tersebut..memang tension..hehe..
Dalam kelas juga doktor telah buat kuiz untuk kumpulan. Sape yang lambat bangun antara kumpulan, tak boleh jawab soalan tu, jadi kena cepatlah bangun dan jawab. Kami juga disuruh oleh doktor membuat e-majalah, kena lukis-lukis ni. Kami buat tajuk busana, kami lukislah juga walaupun lukisan tak berapa lulus, tapi dengan bersemangat kami buat, siap kena lukis lagi. Jadilah e-majalah kami, cantiklah gak aku tengok hasil lukisan kami, tu pun nasib baik dalam kumpulan kami ada gak yang pandai melukis, bolehlah bantu-bantu.
Seterusnya kami ditugaskan untuk membuat iklan turutan, kami buat telefon bimbit, lukis lagi kumpulan kami, nanti boleh jadi pelukis ni kami..hee.. kami buat enam jenis telefon bimbit, aku lukis je telefon yang tak pernah aku lihat sebelum ni..canggih tau telefon kami, memang tekde lagi dalam pasaran, jenis telefonpun nama Al-Najjah Telekomunikasi, memang powerlah...
Kami juga ditugaskan membuat amal ke rumah anak-anak yatim dan kami amat teruja dengan tugasan itu kerana ini adalah pertama kali untuk saya membuat amal di rumah anak-anak yatim. Kami telah mengutip duit dari kumpulan dari dan juga membuat kutipan derma daripada semua pihak. Pelbagai acara telah dirangcang supaya anak-anak yatim seronok dengan acara yang dilakukan. Kami pergi ke rumah anak-anak yatim pada hari Ahad iaitu hari minggu pada 1 Mac 2009, pagi-pagi lagi kami sekumpulan bertolak ke Banting. Acara pertama yang dilakukan di rumah anak-anak yatim itu adalah senaman poco-poco, sebelum itu adik-adik itu di pecahkan kepada empat kumpulan, aku, min,vera dan Adha sebagai ketua setiap kumpulan. Selepas menari poco-poco, mereka diberi tugasan supaya mencipta nama kumpulan masing-masing dan juga ’cheernya’. Selepas itu, Ajue selaku ketua kumpulan telah mengajar simpulan bahasa dan peribahasa, adik-adik itu telah diuji dengan soalah tentang peribahasa itu, memang seronok melihat telatah adik-adik itu. Pada waktu petang pula, kami mengadakan acara sukaneka untuk anak-anak yatim itu, acara itu berlangsung di padang. Pelbagai acara sukan telah dilakukan, antaranya ialah lari ikat kaki, tiup tepung, masuk air dalam botol, tiup belon sampai pecah dan bawa bola pingpong. Selepas semua acara itu berlangsung, kami menyerahkan hadiah kepada adik-adik itu dan juga sumbangan kepada pertubuhan anak-anak yatim itu. Kami lihat adik-adik itu sangat seronok dan kami juga seronok lihat mereka begitu sehingga mereka tak izinkan kami balik lagi.
Tiga minggu selepas kami pulang dari rumah anak-anak yatim Miskin Sungai Buaya, kami ditugaskan supaya membentangkan apa yang dibuat di sana dengan video dan gambar, itulah yang dinamakan multimedia, memanglah kena buat benda-benda begini, seronok sangat tengok video tu, barulah kami terasa seronok dengan apa yang kami lakukan.

latar belakang hidupku...


NAMA: SHASUYANTI MOHD SABUDIN
NAMA PANGGILAN: LISA
UMUR: 24 THN
NO. KAD PENGENALAN: 850224-03-5132
ASAL: KOTA BHARU, KELANTAN.
ALAMAT: LOT 264, KAMPUNG PADANG BONGOR BANGGU,
16150, KOTA BHARU, KELANTAN.
TARAF PENDIDIKAN: STPM dan sedang belajar di UPM dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu
KELUARGA: ANAK KE-4 DARIPADA 5 BERADIK.
MATLAMAT HIDUP: SENTIASA INGIN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI..
MOTTO: KEJAYAAN AKAN DATANG JUGA ASALKAN KITA BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA...