Tuesday, March 31, 2009

sumbangan lain


Penyelidikan terakhir yang sedang dijalankan sekarang ialah Nahu Minimalis dan Penerapnya Dalam Bahasa Melayu dalam bidang pengebangan Aplikasi Linguistik, Beliau berhasil menerbitkan 3 buah kamus terbitan penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprenhensive Bahasa Melayu (2005-2006) dan Kamus Pelajar UPSR 2007. Buku puisi penyair dan kreativi (bersama Lim Sui Tin) 2007 dan Semiotik 2008.

akktiviti terkini

Sekarang ini, penulis terlibat sebagai ahli panel hakim Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobil dan panel hakim Hadiah Sastera Negeri Sembilan. Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada berbagai-bagai cawangan..

kritikan

Beliau terlibat dalam bidang telah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk masuka menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau berjaya mengahsilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik dalam penelitian puisi yang diterbitkan oleh Penerbit Kurnia Interprise (2003).

anugerah-anugerah

Pernah memenangi hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak (hadiah utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. pada tahun 2002 juga, beliau pernah juga memenangi hadiah saguhati sayembara antologi puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulam Mei 2004, penulis memenangi hadiah sastera kumpulan utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. memenangi hadiah utama kencana kategori esei kritikan, anjuran DBP, Kuala Lumpur.
Kegiatan lain termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena, selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.
Penerbit Pustaka Nusa juga telah menerbitkan sebuah lagi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa(2004) , sketsa kehidupan (2005) dan suara Gundah Di Bumi Basah (2016) dan Luka Mimpi 2007.

sumbangan

Majalah Pangsura (Malaysia/Indonisia/Brunie), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir, Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian atau Berita Minggu dan lain-lain. Antologi puisi pertama yang berjudul Peta Cinta telah diterbitkan oleh penerbit Pustaka Musa pada tahun 2001.

penglibatan

Artikel dan rencana yang ditulis berjumlah 156 buah, kebanyakannya tertumpu pada bidang lingustik dan tatabahasa, aplikasi konsep teori linguistik dalam pengajaran bahasa Melayu, termasuk teori perkamusan.
Akhir-akhir ini beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kencederungan lingustik-semiotik. Beberapa daripadanya diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa.

Wednesday, March 25, 2009

SUMBANGAN(dari tahun 1978-1990)

Pada awal penglibannya sehingga kini, beliau telah mengarang lebih daripada 25 buah buku dan kini masih lagi bergiat cergas dalam pengarangan ini. Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang linguistik dan Tatabahasa. Antaranya termasuklah buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am dan Teori Perkamusan yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di Universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.
Arbak Othman melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1973 iaitu tahun beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan bejaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini beliau bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dan berjaya sehingga dianugerahi jawatan Profesor Madya pada tahun 2006.

BIODATA


Profesor Madya Dr Hj. Arbak Othman tatu lebih dikenali sebagai Pak Arbak dilahirkan pada 10 Febuari 1944 di Kampung Sebatu, Melaka, Malaysia. Beliau berumur 65 tahun pada tahun 2009. Hasil pekahwinannya dengan isterinya, beliau mendapat tiga orang cahaya mata. Hobi utama ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu. Pada masa lapang, beliau juga suka menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan beliau pernah mengikuti ekspedisi motorsikal ini ke Seremban pada suatu ketika dulu.