Tuesday, March 31, 2009

sumbangan lain


Penyelidikan terakhir yang sedang dijalankan sekarang ialah Nahu Minimalis dan Penerapnya Dalam Bahasa Melayu dalam bidang pengebangan Aplikasi Linguistik, Beliau berhasil menerbitkan 3 buah kamus terbitan penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprenhensive Bahasa Melayu (2005-2006) dan Kamus Pelajar UPSR 2007. Buku puisi penyair dan kreativi (bersama Lim Sui Tin) 2007 dan Semiotik 2008.

akktiviti terkini

Sekarang ini, penulis terlibat sebagai ahli panel hakim Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobil dan panel hakim Hadiah Sastera Negeri Sembilan. Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada berbagai-bagai cawangan..

kritikan

Beliau terlibat dalam bidang telah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk masuka menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau berjaya mengahsilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik dalam penelitian puisi yang diterbitkan oleh Penerbit Kurnia Interprise (2003).

anugerah-anugerah

Pernah memenangi hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak (hadiah utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. pada tahun 2002 juga, beliau pernah juga memenangi hadiah saguhati sayembara antologi puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulam Mei 2004, penulis memenangi hadiah sastera kumpulan utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. memenangi hadiah utama kencana kategori esei kritikan, anjuran DBP, Kuala Lumpur.
Kegiatan lain termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena, selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.
Penerbit Pustaka Nusa juga telah menerbitkan sebuah lagi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa(2004) , sketsa kehidupan (2005) dan suara Gundah Di Bumi Basah (2016) dan Luka Mimpi 2007.

sumbangan

Majalah Pangsura (Malaysia/Indonisia/Brunie), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir, Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian atau Berita Minggu dan lain-lain. Antologi puisi pertama yang berjudul Peta Cinta telah diterbitkan oleh penerbit Pustaka Musa pada tahun 2001.