Wednesday, March 25, 2009

SUMBANGAN(dari tahun 1978-1990)

Pada awal penglibannya sehingga kini, beliau telah mengarang lebih daripada 25 buah buku dan kini masih lagi bergiat cergas dalam pengarangan ini. Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang linguistik dan Tatabahasa. Antaranya termasuklah buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am dan Teori Perkamusan yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di Universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.

No comments:

Post a Comment